BANER FAKAP

Tuesday, November 08, 2011

Ulasan : AMERIKA - Oleh Ridhwan Saidi


Karya mantap tetapi agak skitzo

Ridhwan Saidi mungkin bukan nama yang familliar dikalang pembaca FOA. Buku pertama beliau CEKIK suatu ketika dulu menyebabkan orang terkejut beruk kerana depiksi aksi seks pedofilia dan luar tabii. Ketika menerima naskah ulasan Amerika dari penulis saya agak aprehensif. Adakah ini satu lagu buku seks aneh tetapi berkiblatkan filem pornoaksi Amerika pula?

Semuanya terjawab apabila memasuki bab 3. Harus diakui permulaan buku agak mundane. Cerita orang tinggal di KL. Setiap jalan dan umat manusia KL di describe oleh Ridhwan dengan cukup detail. Kemudian secara tiba-tiba topik perbincangan buku menjadi berat. Berbincang tentang arsitektur dan mengapa seni arsitektur Malaysia ini sampah. Ini bukannya buku yang dibaca untuk santai. Ia membuatkan anda berfikir. Bahasanya cukup tajam dan komentar tentang society dari Ridhwan boleh membuatkan pihak pemerintah mengalami ulser perut. Saya memang gemarkan buku macam ini. Buku yang sudah pastinya saya tak mampu menulis. Bila jumpa buku sebegini saya melekat. Macam pages of an adult magazine I once lend to a friend in college. Lepas dia pinjam melekat dan tak boleh nak ditanggalkan lagi. Macam itulah penangan buku Amerika ini bagi saya.

So apa plot cerita Amerika? Cerita Murshid Merican seorang melayu urban yang tinggal di epicenter keurbanan Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Beliau seorang arsitek yang bekerja disiang hari dan dimasa santai memakan sup brokoli dan minum air soya. Macam CEKIK buku ini juga ada seks. Ini penting. Bagi saya seks itu normal dan kalau buku tak ada adegan sorok pisang dalam apam buku itu sudah pasti sucks. Kerana itulah saya tak boleh baca buku Twilight. Tiada seks. Ada implied seks saja. Kalau mau implied aje buat apa. I have needs dan seks dalam buku ini menarik

Tapi bukan itu sahaja menarik. Perbualan Murshid dan teman wanita 16 tahun beliau selepas seks didalam buku ini adalah dialog paling real dalam keseluruhan buku. Mereka berbincang tentang perkahwinan dan sanktiti dara. Tak mahu spoil apa yang dibincangkan oleh mereka tapi yang pasti dialog perbualan mereka berdua sangat menarik dijadikan bahan perbincangan.

Buku ini power. Buku yang paling power saya baca sejak KASINO tulisan (more like hasil MacBookan Saifulizan Tahir). Mungkin ada orang kata ceritanya agak semak kerana terlompat-lompat dari satu topik ke satu topik yang lain. Bahagian tengahnya lebih kepada catatan seorang tourist di Amerika sebelum kembali kepada subjek matter di penghujung buku.

Oh dan ia juga buku skitzo. Sekejap Murshid menggunakan SAYA dan selepas itu menggunakan AKU. Adakah ini sengaja atau editor yang tak dibayar duit servisnya? Saya tak pasti tapi despite masalah AKU dan SAYA buku ni buat saya terhibur. Terasa macam 2-4 cerita Ridhwan yang di jery rigge jadi satu karya yang mungkin kurang kohesif. Tapi......

Ada tapi

Tapi itu saya tolak tepi pasal aku terhibur bila baca seorang diri diatas katil dalam keadaan bogel. At the end of the day adakah aku entertained? Macam kata General Maximus Decimus Meridius. Aku entertained. Itu yang paling penting kan? Kalau KASINO membuatkan aku hendak minum Bulletin Place dan hisap Cohiba, Amerika buatkan aku nak naik bass 150 dari MIA dan tengok awek berbikini macam Kim Kardhasian di South Beach. Bagi aku kalau sesebuah buku itu quoatble maka ianya berjaya.

Dari 5 aku beri 3.5. Sebab bukan 4 ialah kerana masalah editorial yang aku cakap awal-awal tadi. Kalau mahu beli sila ke UYA DISTRO. Gugel atau Foursquare lokasinya pasal aku malas nak explain kat mana kedai ni. Sila beli jangan bazir duit beli URTV dan MASTIKA. Kalau nak beli juga dua majalah ini belilah lepas beli Amerika. Pasti terhibur dengan sebuah lagi novel bercakap benar, cakap direct, real talk dan tak cover bontot Ridhwan Saidi. Jika kamu tak beli akan aku Syed Warithkan kamu dalam tandas malam buta kelak. Ha!

Apa tu Syed Warith? Ha! Kantol kamu tak pernah baca CEKIK!

Dan lepas baca buku Amerika aku terus koyakkan draf Fish And Chip diary aku. Rasa sampah saraf. Tak cukup cool dan tiada pop culture reference yang mencukupi. Korang tunggulah aku dapat semangat balik nak habiskan Fish and Chip. Tak mahu publish selagi tak mampu tandingi tulisan"tulus" macam Ridhwan Saidi dan Safulizan Tahir

Mari cuba